AMALAN AKIKAH DAN BERCUKUR RAMBUT - Travelog Muslim

Breaking

Join our Official Telegram

Sunday, 3 May 2020

AMALAN AKIKAH DAN BERCUKUR RAMBUT


Menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan seiring dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi.

MAKNA AKIKAH

Dari Segi Bahasa :

Akikah bermakna "memutus".

Dari Segi Syarak :

Bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

Antara hadis yang memperkatakan tentang akidah ini ialah:

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Salman Bin Amir al-Dhabi r.a katanya, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


Maksudnya: "Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kekotoran dan najis)"

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Samrah r.a katanya: Rasulullah S.A.W bersabda:


Maksudnya: "Bayi itu tergadai (tergantung) oleh akikahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya"

Bagi Imam Malik r.a, akikah boleh dilakukan bila-bila masa seseorang itu mempunyai kelapangan.


"Rasulullah S.A.W menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dan sebagainya) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnya sedangkan anak perempuan memadai diakikahkan dengan seekor kambing sahaja"

SYARAT-SYARAT AKIKAH
  1. Umur binatang sembelihan:
Unta berumur 5 tahun lebih
Lembu / kerbau berumur 2 tahun lebih.
Kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigiKibas berumur 1 tahun atau 
telah bersalin gigi.

  1. Binatang sembelihan sihat dan tidak cacat.
  2. Daging akikah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan akikah itu sebagai "Fida" (mempertalikan ikatan antara diri anak dengan Allah S.W.T
  3. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan.
  4. Tidak boleh berkongsi misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengakikahkan anak-anak mereka.
  5. Sebaiknya berakikah dengan kambing tetapi dibolehkan juga berakikah dengan unta, lembu dan kerbau.

HUKUM DAGING AKIKAH

Daging binatang yang disembelih untuk akikah adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara-mara terdekat.

"Amalan mencukur rambut bayi amat dianjurkan sempena majlis akikah kerana ianya mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu"

HIKMAH BERAKIKAH
  • Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa Muslim baru yang sujud menyembah Allah S.W.T.
  • Mendekatkan diri anak itu kepada Allah S.W.T atas akikah yang dilakukan.
  • Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga.
  • Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu-bapanya.
  • Menunjukkan tanda syukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan-Nya.
  • Menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.


"Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah: Dengan nama Allah, ya Allah, bagi-Mu dan kepada-Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau Si Fulanah ini" (hadis riwayat al-Baihaqi)







No comments:

Post a Comment